Pesakit strok dapat perhatian

Iklan
Dr Khairuddin (kanan) melawat dua pesakit strok sempena kunjungannya ke Kebor Air.

KUALA NERUS - Derita akibat strok dihidapi Midah Abdul Rahman, 64, dari Kebor Air di sini, mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, di sini, semalam.

Dr Khairuddin bersama Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Dun Buluh Gading, Rusni Hassan tampil menghulur bantuan tunai dan barang makanan.

Iklan
Iklan

"Apa yang menyedihkan, pesakit ini hanya mampu mendengar, malahan sudah hilang keupayaan untuk bertutur dan berkata-kata," kata Dr Khairuddin selepas melawat warga emas terbabit.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kebor Air, Mohd Hanapiah Abu Bakar.

Iklan

Dr Khairuddin berkata, Midah mendapat bantuan bulanan sebanyak RM550 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya.

Sementara itu, anak Midah, Akma Abu Bakar berkata, ibunya itu mengidap penyakit strok lebih lima tahun lalu dan bergantung sepenuhnya kepada susu yang dibekalkan sebagai makanan hariannya.

Iklan

"Manakala kos untuk membeli susu ibu saya adalah berjumlah hampir RM800 sebulan yang perlu ditanggung oleh kami sekeluarga. Kami amat berterima kasih kerana dapat menjenguk ibu kami," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pesakit strok di Kebor Air, Yang Mamat, 79, turut menerima lawatan Dr Khairuddin dan menerima bantuan serupa sempena lawatan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu ke Kebor Air.

Yang merupakan penerima bantuan bulanan JKM dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan jumlah bantuan keseluruhan yang diterimanya adalah sebanyak RM500 sebulan.