Jelaskan RUU dengan teliti, meyakinkan

Iklan
Fadhlina ketika program Wacana Sinar Edisi ke-359 bertajuk 'Akta Lompat Parti: Tamat Riwayat Katak Politik’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. - Foto Halim Wahid

SHAH ALAM - Penerangan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 perlu dilakukan dengan teliti dan menyakinkan agar rakyat dapat menilai kepentingan RUU berkenaan terhadap mandat yang diberi kepada wakil rakyat.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek menegaskan, setiap wakil rakyat bertanggungjawab menjelaskan bahawa undang-undang berkenaan akan dijadikan sebagai prinsip panduan dalam mengangkat mandat rakyat.

Iklan
Iklan

"Amat penting juga (jelaskan) naratif (RUU) itu tidak hanya tentang lompat tetapi perlu diberikan pandangan lebih keji, maknanya (RUU) ini adalah udang-undang antipembelotan, antikhianat, antipenjual maruah dan antirasuah kerana kita nak nampakkan nilai-nilai kenapa RUU ini sangat penting.

"Ada yang cuba ‘argue’ tentang naratif RUU ini menafikan konsep demokrasi sedangkan demokrasi ini memperjuangkan kebebasan yang ideal.

Iklan

"RUU ini nak bercakap tetang kebebasan yang ideal, bukan bermakna tiada ‘guiding principle’, jadi falsafah demokrasi ini adalah yang memberi penekanan kepada rasional dan moral,” katanya dalam program Wacana Sinar Edisi ke-359 bertajuk ‘Akta Lompat Parti: Tamat Riwayat Katak Politik’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Turut diundang menjadi panelis adalah Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii manakala Azlan Shah Nabees Khan bertindak sebagai moderator.

Iklan

Fadhlina berkata, RUU tersebut juga boleh dijadikan sebagai panduan prinsip, kompas dan navigasi moral ahli politik kerana golongan itu bertanggungjawab membawa mandat rakyat.

"Mandat rakyat telah dicurangi secara moral oleh ahli politik dan kemudiannya bercakap tentang mengembalikan tentang mandat.

"(RUU) ini sebagai kembalikan mandat supaya kepercayaan rakyat kepada demokrasi akan kembali semula," ujarnya.

Dalam pada itu Fadhlina turut berpandangan, Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) menjadi tunjang RUU berkenaan dapat diluluskan di Parlimen dengan cepat.

"Tanpa MoU ini barangkali proses dan perjalanan (kelulusan) RUU akan lambat, ini adalah manifesto PKR semasa 22 bulan (menjadi kerajaan) dan dengan MoU ia dapat diteruskan," katanya.