'Pelosi ke Taiwan, tiada sebab China tingkat ketegangan'

Iklan
Pentadbiran Presiden Joe Biden mempertahankan lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan pada Selasa. Foto AFP

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Joe Biden mempertahankan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan pada Selasa dan 'tiada sebab' bagi Beijing untuk terus meningkatkan ketegangan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, John Kirby berkata, reaksi China setakat ini 'seperti yang kami jangkakan' dan Washington menjangkakan China akan bersedia untuk bertindak balas dalam tempoh jangka panjang," lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Beberapa tindakan yang dijangka diambil China termasuk menambah latihan ketenteraan berskala besar, melakukan penerbangan merentasi garian sempadan di Selat Taiwan dan menggunakan tekanan ekonomi.

"Tiada sebab untuk China menjadikan lawatan Speaker Dewan itu sebagai alasan untuk meningkatkan ketegangan, atau mewujudkan semacam krisis atau konflik.

Iklan

"AS tidak akan mencari atau mahukan krisis. Kami bersedia untuk menguruskan apa yang Beijing pilih untuk lakukan. Pada masa yang sama, kami tidak akan terlibat dalam krisis. Kami akan terus menyokong Taiwan, mempertahankan kebebasan dan Indo-Pasifik yang terbuka, dan berusaha untuk mengekalkan komunikasi dengan Beijing," kata Kirby kepada pemberita di Rumah Putih.

Ditanya sama ada Presiden Joe Biden menyokong keputusan Pelosi, Kirby berkata"beliau menghormati keputusan speaker dewan itu untuk pergi ke Taiwan."

Iklan

Kementerian Luar China pada pagi Rabu waktu tempatan (Selasa malam GMT), memanggil duta AS ke Beijing, Nicholas Burns, berhubung lawatan Pelosi.

Timbalan Menteri Luar China Xie Feng memberitahu Burns bahawa"China akan mengambil tindakan balas yang perlu dan tegas, dan kami serius mengenainya," menurut laporan Global Times.

Meskipun terdapat beberapa amaran, termasuk tindakan ketenteraan, Pelosi meneruskan lawatannya ke Taiwan selepas mengadakan kunjungan rasmi ke Malaysia pada Selasa.

Pelosi disambut oleh Menteri Luar Taiwan Joseph Wu sejurus mendarat di Lapangan Terbang Taipei Songshan kira-kira 10.44 malam waktu tempatan (1444GMT). - Bernama