Leno tak sabar beraksi bersama Fulham

Iklan
Leno. - Foto JustArsenal

PENJAGA gol Jerman, Bernd Leno mengakui tidak sabar untuk beraksi dengan pasukan baharunya, Fulham setelah selesai menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab berkenaan pada Selasa.

Menurut Leno, dia juga berazam untuk memberikan aksi terbaik dan tidak mempersia-siakan peluang serta kepercayaan yang diberikan skuad berkenaan kepadanya.

Iklan
Iklan

"Saya rasa sungguh bertuah dapat beraksi untuk Fulham yang difahamkan merupakan salah satu pasukan terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Saya juga tidak sabar untuk untuk menyertai pasukan ini, berlatih dan beraksi dengan rakan-rakan sepasukan dan seterusnya membentuk persefahaman bersama mereka.

Iklan

"Kini saya dimaklumkan bahawa segala urusan perpindahan telah selesai dan saya sudah boleh mula beraksi untuk Fulham,” katanya.

Untuk rekod, Leno yang juga bekas pemain Bayer Leverkusen menyertai Arsenal pada musim 2018 lalu.

Iklan

Selama bersama The Gunners, Leno telah membuat sebanyak 125 penampilan dalam semua pertandingan selain beraksi dengan skuad kebangsaan Jerman di Euro 2020 lalu.

Sementara itu Leno mengakui dia mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana serta persekitaran baharu bersama Fulham.

Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan sebenarnya memberikannya lebih keyakinan untuk melakukan yang terbaik.

"Mungkin akan mengambil masa untuk saya benar-benar serasi dengan mereka (pemain), tetapi saya tahu saya akan dapat menyelesaikannya dengan cepat,” katanya.