Sarang madu kelulut

Iklan
Antara bentuk sarang madu kelulut yang diusahakan dari projek kelulut komuniti di Kampung Pengkalan Gelap.

Naib Canselor UMT Profesor Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata kecemerlangan projek perintis itu juga berjaya mendapat perhatian dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tempatan iaitu Pharmaniaga Bhd untuk turut menyumbang dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka bagi mengembangkan lagi projek ternakan kelulut.

Visi jangka masa panjang UMT ialah melahirkan usahawan kelulut berkemahiran tinggi yang berdaya saing dan lestari dalam sektor agro pelancongan setempat serta memperkasakan produk hiliran madu kelulut dalam kalangan komuniti. - Foto Bernama