KEJAYAAN skuad badminton menghadiahkan pingat emas menerusi acara berpasukan pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 mampu menjadi inspirasi kepada kontinjen Malaysia untuk memburu kegemilangan pada temasya itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kejayaan itu dapat meletakkan negara di landasan tepat untuk memburu sasaran enam pingat emas di Birmingham.