Indonesia bimbang dengan persaingan babitkan kuasa besar

Iklan

JAKARTA - Indonesia menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan persaingan antara kuasa-kuasa besar selepas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi melawat Taiwan.

Jurucakap Kementerian Luar, Teuku Faizasyah berkata, perkembangan situasi terkini memberi implikasi serius terhadap keamanan dan kestabilan serantau jika tidak diurus dengan baik.

Iklan
Iklan

"Indonesia menyeru semua pihak supaya tidak melakukan sebarang tindakan provokasi yang mungkin memburukkan lagi keadaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Faizasyah, dunia memerlukan kebijaksanaan dan tanggungjawab semua pemimpin demi memastikan keamanan dan kestabilan terus terpelihara.

Iklan

Indonesia juga terus menghormati dasar 'Satu China', katanya.

Pelosi tiba pada Selasa, sekali gus menjadikan beliau pegawai tertinggi AS pertama melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.

Iklan

Bagaimanapun, China membantah sekeras-kerasnya lawatan Pelosi.

Media melaporkan Beijing telah memulakan latihan ketenteraan di perairan utara, barat daya dan tenggara Taiwan. - Bernama