Istana Pahang tarik balik Darjah Kebesaran G Gnanaraja

Iklan
G Gnanaraja. Foto: The Star

KUANTAN - Istana Pahang menarik balik dan membatalkan anugerah Darjah Kebesaran membawa gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada ahli perniagaan, G Gnanaraja.

Penarikan balik darjah kebesaran itu disahkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sepertimana surat ditanda tangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak bertarikh 13 Mac lalu yang ditularkan di media sosial sebelum ini.

Iklan
Iklan

Berdasarkan surat itu, Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah yang Yang Amat Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) itu dikurniakan sempena memuliakan Hari Keputeraan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Ke-83 pada 19 Mac 2014 di Istana Pahang, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Penarikan dan pembatalan Darjah Kebesaran berkuatkuasa serta merta berdasarkan tarikh surat diserahkan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun tidak dinyatakan sebab kepada penarikan gelaran Datuk Seri kepada ahli perniagaan itu.