Terengganu beri geran 'one-off' RM5,000 kepada JPKK

Iklan
Azman

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan geran 'one off' berjumlah RM5.265 juta kepada 1,053 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Terengganu.

Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan kelulusan tersebut setiap JPKK akan menerima RM5,000.

Iklan
Iklan

"Kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan semasa dan oleh itu, bantuan geran kali ini meningkat RM1,000 berbanding RM4,000 pada tahun lepas dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM4.212 juta

"Bantuan sebanyak RM5,000 ini dijangka disalurkan kepada semua JPKK bermula bulan depan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan

Menurut Dr Azman, bantuan itu diharap dapat dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti kebajikan dan keperluan setempat lain dalam kampung masing-masing sekali gus meningkatkan tahap perkhidmatan.

"Kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti semua anggota JPKK dalam menyantuni pelbagai lapisan rakyat berhadapan situasi kehidupan masyarakat," katanya.

Iklan