BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya sembilan pelombong dikhuatiri terperangkap selepas lombong arang batu di Coahuila, utara Mexico runtuh, lapor Xinhua, memetik Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada Rabu.
"Runtuhan lombong arang batu di bandar Sabinas mungkin disebabkan banjir, hingga mengakibatkan pelombong terperangkap.
"Kami berharap dapat menjumpai mereka dalam keadaan selamat,” ciap Lopez Obrador di Twitter.
Pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi berkenaan dan siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan. - Bernama