AUG 2022: Malaysia tidak gentar status Thailand

Iklan
Antara aksi skuad Harimau Siswa ketika menentang Laos pada Selasa.

WALAUPUN Thailand bakal turun sebagai pasukan berstatus sebagai juara bertahan temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG), ia langsung tidak menggerunkan skuad bola sepak negamenjelang pertemuan final di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat pada Jumaat.

Perkara tersebut diakui kapten pasukan bola sepak negara, Muhammad Aliff Najmi Shaaini yang melaungkan keyakinan bahawa beliau dan rakan sepasukan mampu membawa pulang pingat emas seterusnya memecah monopoli Thailand dalam acara berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

Malah katanya, mereka juga bersedia untuk menjadikan perlawanan akhir tersebut sebagai penamat terindah buat kontinjen Malaysia dalam misi menamatkan penantian ibu segala pingat di AUG 2022.

"Saya yakin dengan kemampuan rakan sepasukan kerana berdasarkan kepada tiga perlawanan terdahulu, mereka menunjukkan komitmen tinggi dan mampu menyekat kemaraan Thailand daripada memperoleh tiga mata.

Iklan

"Cuma pada aksi final esok (Jumaat) perlu lebih fokus dan kurang melakukan kesilapan. Harap kita dapat beraksi seperti perlawanan kedua apabila berjaya mencatat keputusan seri bertemu Thailand dan sebenarnya hampir memenangi pertembungan itu.

"Jurulatih mungkin ada strategi dalam menyekat kemaraan Thailand dan berharap kemenangan berpihak kepada Malaysia,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Malaysia mara ke final selepas menduduki tangga kedua dalam carta liga sepusingan menerusi kemenangan 2-1 ke atas Myanmar, seri 2-2 dengan Thailand sebelum tumpas 1-2 di tangan Laos pada Selasa.

Meskipun tewas pada aksi terakhir kumpulan round robbin, peluang skuad negara tidak terjejas kerana memiliki jumlah perbezaan gol yang lebih bagus walaupun mengumpul empat mata sama dengan Laos di tempat ketiga.