Kontrak lumayan menanti Foden

Iklan
Foden

PHIL Foden dijangka menandatangani kontrak baharu bersama Manchester City sehingga 2026 yang menyaksikan dia bakal menerima kenaikan gaji tujuh kali ganda.

Dengan perpindahan Raheem Sterling dan Gabriel Jesus yang masing-masing menyertai Chelsea dan Arsenal, Foden dijangka menjadi taruhan The Citizens pada musim baharu nanti.

Iklan
Iklan

Ketika ini, penyerang antarabangsa England itu menerima gaji 30,000 pound (RM162,000) seminggu - jumlah yang sama sejak dia menandatangani kontrak dengan City pada 2018.

Bagaimanapun, tangga gaji Foden bakal berubah menerusi perjanjian baharu apabila media di Britain melaporkan Foden bersetuju dengan kontrak enam tahun dan gaji 225,000 (RM1.218 juta) pound seminggu.

Iklan

Pengendali City, Pep Guardiola harus meyakinkan Foden untuk terus kekal di Etihad selepas dia dianggap antara pemain muda berbakat dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada musim lalu, Foden memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan EPL buat kali kedua berturut-turut selepas merekodkan sembilan gol dan lima bantuan jaringan.

Iklan

Fodden yang menyertai akademi City ketika beusia lapan tahun membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Juara-Juara ketika berdepan Feyenoord pada 21 November 2017.

Setakat ini, Foden telah beraksi dalam 11 perlawanan Liga Juara-Juara dengan merekodkan tiga gol dan dua bantuan jaringan di pentas berprestij Eropah itu.