Chelsea intai kelibat Aubameyang

Iklan
AUBAMEYANG

CHELSEA membuat kejutan apabila dilaporkan mahu membawa masuk penyerang Barcelona yang juga bekas kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sebelum ini, pemilik baharu The Blues, Todd Boehly telah memulakan aktiviti pembelian pemain baharu dengan menandatangani penyerang Manchester City, Raheem Sterling.

Iklan
Iklan

Namun, pengendali Chelsea Thomas Tuchel masih memburu seorang lagi penyerang selepas Romelu Lukaku kembali ke Inter Milan sebagai pemain pinjaman.

Difahamkan, Tuchel mahu membawa seorang lagi penyerang baharu selepas Chelsea gagal mendapatkan khidmat Robert Lewandowski yang meninggalkan Bayern Munich untuk menyertai Barcelona.

Iklan

Kehadiran penyerang Poland berusia 33 tahun itu ke Camp Nou sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan Aubameyang yang mencetuskan impak sejak menyertai Barcelona.

Setakat ini, Chelsea belum mengemukakan tawaran rasmi kepada Aubameyang, namun pemilihan penyerang kelahiran Gabon itu sesuatu yang mengejutkan.

Iklan

Aubameyang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge ketika Frank Lampard membimbing skuad The Blues itu dua musim lalu.

Bagaimanapun, dia yang meledak 13 gol dalam 23 penampilan untuk Barcelona memilih untuk kekal bersama The Gunners sebelum berpindah secara percuma ke Camp Nou pada Januari lalu.