MELAKA - Seorang pengawal keselamatan di Seri Negeri maut selepas motosikal ditunggang terbabas di bawah jejantas MITC berhampiran bangunan Kota Cemerlang di Lebuh Ayer Keroh di sini malam tadi.
Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, Mohd Ezral Mohd Reza, 39, dikatakan baharu sahaja menamatkan tugasnya dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Lorong Pandan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Motosikal yang ditunggang Mohd Ezral dipercayai hilang kawalan ketika sedang menyusuri selekoh jalan susur ke kiri dan terbabas ke arah kanan jalan serta melanggar pembahagi jalan.
"Akibat kejadian itu mangsa tercampak di bawah jejantas sehingga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika di hubungi.
Menurutnya, mayat Mohd Ezral dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.