Pemuda didakwa lakukan rusuhan bersenjata

Iklan
Boon Jin (dua dari kiri) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis.

MELAKA - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis kerana melakukan rusuhan bersenjata hingga mendatangkan kecederaan tujuh tahun lalu.

Tan Boon Jin, 25, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Siti Khairiah Abdul Razak.

Iklan
Iklan

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 22 Ogos ini bagi mendengar fakta kes dan hukuman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama individu yang masih bebas didakwa merusuh dengan menggunakan senjata sehingga mendatangkan kecederaan.

Iklan

Tindakan itu dilakukan di tepi jalan berhadapan sebuah restoran di Jalan Cheng Baru, Melaka Tengah kira-kira jam 9 malam pada 2 September 2015.

Tertuduh yang bekerja sebagai penjual buah-buahan di Singapura didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan jaminan RM 7,000 diberikan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam, Kent Tan Chiw Teng merayu wang jaminan dikurangkan kepada RM1,000 dengan mengambil kira anak guamnya memberi kerjasama sepanjang siasatan kes berkenaan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM1,000 diberikan terhadap tertuduh sementara menunggu fakta kes dan hukuman pada 22 Ogos ini.