Penganggur diberkas bersama lima kilogram syabu

Iklan
Muhamad Zaki (di hadapan) menunjukkan ketulan syabu yang berjaya dirampas dalam serbuan di tepi Jalan Wakaf Che Yeh, Mukim Padang Enggang, Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Polis merampas lima kilogram syabu selepas menahan seorang penganggur di tepi Jalan Wakaf Che Yeh, Mukim Padang Enggang di sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 57 tahun itu ditahan pada jam 12.05 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan ke atas badan suspek, telah menjumpai 10 biji pil psikotropik dan tujuh biji pil yaba," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Khamis.

Muhamad Zaki berkata, anggota bertugas kemudian melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta Proton Preve yang dinaiki oleh suspek.

Iklan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan lima kilogram dadah yang dipercayai syabu di atas kerusi tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut.

Katanya, kejayaan rampasan dadah ini hasil penahanan seorang suspek berusia 40 tahun di sebuah rumah dekat Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas pada Isnin.

Iklan

"Penahanan suspek pada jam 9 malam itu membawa kepada rampasan wang tunai berjumlah RM5,360, kereta jenis Honda Civic dan motosikal jenis SYM.

"Saringan air kencing yang dilakukan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif methamphetamine," katanya.

Menurutnya, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu direman selama tujuh hari bermula 2 hingga 8 Ogos ini.