Anwar tak sokong gagasan baharu Dr Mahathir

Iklan
Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperkenalkan gagasan baharu berteraskan agenda Melayu dan Islam dikenali sebagai Gerakan Tanah Air.

Tegasnya, sekiranya benar mahu membela Melayu dan Islam, Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan lalu patut menolong mereka.

Iklan
Iklan

"Saya tidak mendukung inisiatif seperti itu kerana kalau betul dia nak bela Melayu dan Islam, ada 22 bulan dia patut dan tolong dah,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen pada Khamis.

Dr Mahathir dilapor memperkenalkan gagasan baharu berteraskan agenda Melayu dan Islam dikenali sebagai Gerakan Tanah Air.

Iklan

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, nama itu dipilih kerana ia gambaran suatu perjuangan yang cintakan tanah air.

Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menambah, orang Melayu pada masa ini perlu sedar masalah dalam negara.

Iklan

"Saya fikir orang Melayu sekarang patut sedar masalah dalam negara ini adalah pimpinan baik Melayu ataupun bukan Melayu, yang rasuah, yang memperkayakan anak-anak dan keluarga mereka.

"Dan kemudian bila terdesak akan merayu untuk mendapatkan dukungan orang-orang Melayu atau kaum masing-masing termasuk parti Cina atau India,” jelasnya.

Menurut Anwar, isu pokok pada masa ini adalah pengurusan kerajaan yang baik.

"(Iaitu) apa dia? Memilih pimpinan yang tidak merompak dan mencuri kekayaan.

"Siapa yang diketahui merompak kekayaan negara, memperkayakan anak-pinak dan keluarga dedahkan dan mereka harus berundur,” katanya.