India lapor kes pertama cacar monyet babitkan wanita

Iklan
Kes pertama cacar monyet membabitkan seorang wanita dilaporkan di New Delhi, India. - Foto AFP

MOSCOW - Kes pertama cacar monyet membabitkan seorang wanita dilaporkan di New Delhi, India, lapor Sputnik.

Seorang wanita Nigeria berusia 30an disahkan positif cacar monyet pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di India kepada sembilan, menurut Indian Express.

Iklan
Iklan

Wanita itu telah berada di New Delhi selama lebih sebulan dan tidak melakukan sebarang perjalanan antarabangsa dalam tempoh 21 hari lalu.

Sementara itu, lima kes jangkitan wabak dilaporkan di barat daya Kerala, dan kesemua pesakit mempunyai rekod perjalanan ke Emiriah Arab Bersatu.

Iklan

India melaporkan kematian pertama akibat wabak cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari Kerala pada 31 Julai.

Menurut Menteri Kesihatan Kerala Veena George, lelaki itu disahkan positif virus itu sebelum menaiki pesawat ke India, tetapi tidak mengalami sebarang gejala sebelum dimasukkan ke hospital.

Iklan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai lalu.

Lebih 25,000 kes telah dilaporkan di seluruh dunia di lebih 70 negara setakat ini. - Bernama