[WAWANCARA] Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, ketika ini bukan lagi waktu pembangkang membangkitkan isu-isu skandal atau kontroversi pemimpin terutama dalam menghadapi kempen PRU15 nanti.
"Ini bukan soal peristiwa mata lebam, bukan soal bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Mohd Noor pukul Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan soal keganasan polis dalam menghadapi himpunan rakyat atau skandal-skandal lain.