Covid-19: 4,413 kes baharu, 8 kematian

Iklan
Malaysia mencatatkan 4,413 kes baharu Covid-19 pada Khamis. - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 4,413 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,697,213.

Iklan
Iklan

Menurut portal CovidNow, lapan kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan termasuk empat kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,003.

Iklan

Terdapat 52 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan