Tindakan tegas terhadap pesalah trafik: KPN

Iklan
Mohamad Fuzi ketika berucap merasmikan majlis.

JOHOR BAHRU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan berterusan terhadap pesalah-pesalah trafik termasuklah kenderaan asing di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, antara tindakan tersebut adalah menyenarai hitam dan menyekat sekali gus mahu pesalah trafik terbabit menjelaskan saman tertunggak.

Iklan
Iklan

"Jadi usaha berterusan sedang dibuat termasuk mengesan kenderaan-kenderaan yang masuk ini.

"Apa yang kita buat ini adalah rutin dan kalau ada keperluan, kita akan maklum kepada kerajaan untuk kita ambil tindakan yang lebih tegas berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita pada sidang media Majlis Perasmian Pancaragam Zon Selatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di sini hari ini.

Mohamad Fuzi menyempurnakan gimik perasmian majlis.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penguatkuasaan yang dilakukan kerajaan Singapura terhadap kenderaan asing bermula 1 April lalu.

Mohamad Fuzi berkata, PDRM tidak mencampuri tindakan pihak berkuasa Singapura berhubung penguatkuasaan tersebut kerana ia adalah urusan negara terbabit.

Iklan

Ditanya sama ada kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak tidak akan dibenarkan masuk ke negara ini, katanya, PDRM belum memberi sebarang arahan seumpama itu buat masa ini.

"Tapi kita akan lihat. Jika perkara ini menjadi lebih serius pada masa akan datang, saya fikir kami akan memberikan cadangan kepada kerajaan apa yang perlu dilakukan kemudian.

"Bukan kerana kita tidak tegas. Ini adalah operasi berterusan terhadap mereka. Mungkin jika kita perlu senarai hitam mereka, ia akan dilakukan kemudian," katanya.