Lima termasuk pegawai polis bebas tuduhan bunuh tiga lelaki

Iklan
Gambar hiasan.

SEREMBAN - Lima lelaki termasuk seorang pegawai polis dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Seremban di sini atas dakwaan membunuh tiga lelaki tujuh tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap N Rajasakanan, 43; N Sureshkannah, 42; N Thanabalan, 35, R Veeramuthu, 56 dan seorang pegawai polis, S Selvakumar, 45.

Iklan
Iklan

Azman berkata, adalah tidak selamat bagi mahkamah untuk hanya bergantung kepada keterangan saksi utama pendakwaan dan atas fakta polis terlebih dahulu menjumpai mayat mangsa dan bukan ditunjukkan oleh suspek.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka dituduh membunuh K Thinesh, M Tansewaran dan P Kartisan pada 25 Februari 2015 antara jam 6 pagi hingga 11 malam di dalam kawasan ladang kelapa sawit Jalan Seremban-Mantin di sini.

Iklan

Berikutan itu mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Peguam, Datuk KL Chee mewakili Selvakumar manakala Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris mewakili Sureshkannah dan Thanabalan.

Iklan

Veeramuthu dan Rajasakanan pula diwakili oleh Peguam Paul Krihsnaraja dan Amy Chong.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abd Majib.

Media sebelum ini melaporkan kesemua tertuduh ditahan pada Februari tahun 2018 sebelum dituduh di mahkamah pada Mei tahun sama.

Ia susulan laporan polis dibuat keluarga mangsa mengenai kehilangan mereka pada 2015.