Geng pecah masuk premis tumpas

Iklan
Gambar hiasan . Gambar dalam : Hoong Fong

KLANG - Polis menumpaskan geng pecah masuk premis perniagaan susulan tertangkapnya lima lelaki di sekitar daerah ini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua suspek itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan di dua rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang dan Taman Saujana Jati kira-kira jam 8 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain peralatan alat pecah rumah, polis merampas pelbagai barangan disyaki hasil jenayah antaranya minuman keras.

"Semakan mendapati kesemua suspek berusia lingkungan 36 hingga 56 tahun itu mempunyai pelbagai rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.

Iklan

"Suspek kini direman enam hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti pembabitan dalam kes-kes lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Iklan

Tambahnya, peniaga dinasihatkan untuk meningkatkan kualiti keselamatan termasuklah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing.