Kongres Peru larang Presiden adakan lawatan ke luar negara

Iklan
Pedro Castillo - Foto AFP

BOGOTA - Kongres Peru pada Khamis menyekat permohonan Presiden Pedro Castillo untuk menghadiri majlis pelantikan Gustavo Petro sebagai ketua negara Colombia.

Sebanyak 67 undi membantah dan 42 menyokong manakala lima berkecuali ketika permohonan Castillo itu dibahaskan pada sesi pleno yang turut disiarkan di televisyen, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Buat pertama kali dalam tempoh beberapa dekad, kongres menghalang pemimpin negara untuk melakukan lawatan rasmi ke luar negara.

Kongres yang diketuai parti pembangkang berhujah bahawa Castillo sedang berdepan lima siasatan atas dakwaan rasuah dan mempunyai kaitan dengan"organisasi jenayah”.

Iklan

Castillo telah melalui dua prosiding pemecatan tetapi gagal menggulingkan pentadbirannya dan beliau telah membuat lebih 50 perubahan dalam kabinetnya.

Menurut isi kandungan surat yang dihantar Castillo kepada kongres, lawatan ketua negara ke Colombia dijangka mengeratkan lagi hubungan dengan negara jiran itu.

Iklan

"Kehadiran Presiden pada majlis itu akan mengukuhkan hubungan persaudaraan dan kerjasama antara kedua-dua negara, memberikan kesinambungan kepada agenda dua hala yang bertujuan untuk mengenal pasti isu kepentingan bersama yang memberi faedah kepada kedua-dua negara," kata Castillo dalam surat rasmi itu.

Castillo telah meminta kebenaran untuk ke meninggalkan negara itu dari 6 hingga 8 Ogos. - Bernama