Sukan basikal lipat bakal semarakkan pelancongan Langkawi

Iklan
Beberapa aktiviti pelancongan antarabangsa akan diadakan sepanjang tahun 2022 di Langkawi. Foto LADA

LEBIH 1,500 peminat sukan basikal lipat dari dalam dan luar negara bakal menyertai Langkawi International Folding Bike Challenge (LIFBC) 2022 di Langkawi dari 16 hingga 18 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif LTA Event Management, Zainudin Kadir berkata, festival selama tiga hari itu juga menyediakan aktiviti seperti Fun Ride 30 kilometer (KM), Endurance 65 KM, pameran dan jualan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hadiah bernilai lebih RM35,000 termasuk cabutan bertuah menanti peserta dan festival itu mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Tourism Malaysia serta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

"Dijangka lebih 1,500 orang menyertai acara ini yang melibatkan penyertaan dari dalam negara dan luar negara seperti Thailand, Indonesia serta Singapura.

Iklan

"Sambutan yang menggalakkan daripada peserta tempatan dan antarabangsa membuktikan bahawa aktiviti basikal lipat ini berjaya menyemarakkan sektor pelancongan di Langkawi selepas lebih dua tahun 'lumpuh' akibat pendemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Kata Zainudin, setiap peserta akan mendapat baju jersi eksklusif LIFBC, pingat LIFBC, sijil penyertaan dan saguhati.

Iklan

Menurutnya, selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik, peserta dapat menghayati keindahan destinasi pelancongan popular di sepanjang laluan program tersebut diadakan seperti di Pantai Cenang dan sekitarnya.

"Selain daripada itu, beberapa acara pelancongan bertaraf antarabangsa turut mengisi kalender pelancongan Langkawi sehingga penghujung tahun 2022 antaranya Langkawi International Classic Car Show," katanya.