IPOH - Seorang anggota bomba yang koma akibat serangan jantung selepas bermain badminton bulan lalu meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Jumaat.
Nasrul Alif Azmi, 35, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.33 pagi selepas 23 hari ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU).