Caricarz lancar aplikasi pintar jual beli kereta

Iklan

KUALA LUMPUR – Platform jual beli kereta, Caricarz menerajui bidang inovasi dengan melancarkan aplikasi Caricarz yang boleh dimuat turun menerusi Android dan iOS.

Iklan
Iklan

Aplikasi pintar urusan jual beli kereta ini menjadi pilihan orang ramai untuk mencari kereta terpakai dengan mudah dan cepat.

Pengasas Caricarz, James Goh, berkata, aplikasi Caricarz menampilkan satu senarai yang bercirikan Kecerdasan Buatan (AI) seperti Enjian Carian Intuitif untuk membantu pengguna melakukan carian yang lebih baik dan mencari kenderaan yang telah disenarai pendek.

Iklan

"Bagi menu bertajuk New Car yang tertera di aplikasi ini, ia menunjukkan kenderaan baharu yang dijual di Malaysia. Menerusi ruangan itu, pengguna boleh membaca ulasan dan melihat video berdasarkan jenis kereta yang dipilih,”katanya.

Menurutnya, sekiranya pengguna masih sukar untuk membuat pilihan model yang sesuai mengikut bajet, carian enjin Search Hero adalah ruangan paling mudah untuk mencari senarai kenderaan yang sepadan dengan bajet pengguna.

Iklan

"Mereka mungkin akan terkejut apabila mendapati hasil carian pemilihan kenderaan yang tidak pernah disangka sebenarnya berada dalam anggaran bajet mereka.

"Terdapat juga menu Trade-In dimana ruangan ini memudahkan pengguna mencari anggaran harga kereta yang ditawarkan di pasaran.

"Jika pengguna berminat untuk menjual kenderaan, mereka cuma perlu menghantar maklumat kenderaan mereka termasuk gambar bagi mendapatkan sebut harga sebenar,”katanya.

Lebih menarik, pengguna akan menerima semua maklumat berkaitan urusan jualan kereta hanya dari rumah. Pendek kata, mereka tidak perlu kemana-mana untuk mendapatkan maklumat mengenai status jualan kereta mereka.

James berkata, bagi orang ramai yang berminat untuk berurusan sendiri dengan barisan panel pengedar Caricarz, mereka boleh mencari senarai pengedar di aplikasi Caricarz.

"Caricarz juga bakal memperkenalkan ruangan sembang yang mana pengguna boleh terus berbual dengan mana-mana barisan pengedar dengan lebih mudah dan selamat,”katanya.

Bagi pengguna yang mencari ketenangan dan tidak mahu berasa bimbang dalam urusan jual beli kereta, anda jangan risau!

Ini kerana Caricarz turut menawarkan Pemilihan Diperakui dimana semua kenderaan disenaraikan di bawah kategori ini akan didatangkan dengan waranti satu tahun dari Warranty Smart Sdn Bhd.



Ia telah menjalani pemeriksaan ketat bagi memastikan kesemua kenderaan adalah bebas daripada sebarang kemalangan teruk, banjir atau kebakaran.

Menarik bukan? Jika anda berminat untuk terlibat dalam urusan jual beli bersama Caricarz, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Caricarz dan daftar masuk menerusi Google, Facebook atau telefon pintar.

Aplikasi Caricarz ini juga akan menghantar berita-berita berkaitan automotif yang terkini termasuk video kepada para pengguna.

Menurut James, pihak syarikat juga berhasrat untuk melancarkan lebih banyak ciri dan menu di aplikasi berkenaan bagi memastikan ia sentiasa berada di hadapan mengikut peredaran pasaran automotif selain menjadi satu-satunya aplikasi automotif yang diperlukan oleh mana-mana pengguna kelak.

Maklumat lanjut boleh layari laman web Caricarz di sini.