PM merafak sembah sempena hari keputeraan Tunku Azizah

Iklan
Perdana Menteri merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Tunku Azizah ke-62 hari ini. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke-62 hari ini.

Ismail Sabri menzahirkan ucapan itu menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Iklan
Iklan

"Patik dan isteri (Datin Seri Muhaini Zainal Abidin) mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan,” menurut hantaran itu. - Bernama

Iklan
Iklan