Kalau tak ganti nanti ada masalah air

Iklan
Operator air bertanggungjawab untuk melaksanakan penambahbaikan dan penyenggaraan secara berjadual bagi memastikan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berfungsi dengan baik.

Operator air bertanggungjawab untuk melaksanakan penambahbaikan dan penyenggaraan secara berjadual bagi memastikan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berfungsi dengan baik.



Pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset secara berjadual penting untuk menjamin kelangsungan bekalan air masa depan

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan bekalan air terbaik kepada semua pengguna mereka di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Iklan
Iklan

Bagi memastikan proses pembekalan air sentiasa berada di tahap optimum dan menjamin keselesaan para pengguna, penting bagi Air Selangor untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset secara berjadual.

Tujuan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset secara berjadual ini dilaksanakan adalah untuk memastikan segala aset dan infrastruktur sistem agihan air sentiasa dalam keadaan baik, dan membuat penambahbaikan dan membaiki kerosakan sekiranya perlu bagi memastikan tiada gangguan bekalan yang serius di masa hadapan.

Ia juga bagi memastikan Air Selangor boleh menyalurkan dan mengagihkan bekalan air terawat yang bersih, selamat dan mampan kepada pengguna secara berterusan. Manfaat lain termasuk meningkatkan margin bekalan air, meningkatkan kecekapan operasi di loji rawatan air dan mengoptimumkan pengagihan air melalui paip-paip serta memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik melalui piawaian perkhidmatan yang tinggi.

Iklan

Ekosistem Rawatan dan Pengagihan Bekalan Air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Aset-aset yang diurus Air Selangor

Iklan

Secara keseluruhan, Air Selangor mempunyai sejumlah 87,815 aset manakala anggaran jumlah aset dijangka meningkat kepada 104,624 menjelang 2023. Antara aset-aset kritikal yang dimiliki Air Selangor adalah:

- 34 loji rawatan air beroperasi 24 jam setiap hari untuk menghasilkan purata 5,000 juta liter sehari (JLH) air terawat dan disalurkan menerusi rangkaian paip air sepanjang 30,008 km.

- 1,599 kolam takungan

- 728 rumah pam

- 1,122 stesen pensampelan air

(*Data setakat Disember 2021)

Sebagai penyedia perkhidmatan air yang bertanggungjawab mengabstrak, merawat dan mengagihkan bekalan air terawat yang bersih dan selamat kepada 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Air Selangor menumpukan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset yang melibatkan saluran paip (penggantian, pembaikan atau penambahbaikan paip air).

Sebahagian daripada aset ini, seperti saluran paip misalnya, telah berusia lebih daripada 20 hingga 30 tahun. Selain itu, Air Selangor juga melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di loji rawatan air dan kolam takungan.

Antara objektif kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan ini adalah bagi mengurangkan kejadian paip pecah atau bocor, mengurangkan kadar air tidak terhasil bagi pengurusan pengagihan air yang mampan dan cekap (Air tidak terhasil adalah air yang ‘hilang’ disebabkan oleh kecurian, paip pecah dan sebagainya sebelum sampai kepada pengguna).

Tambahan pula, setiap aset mempunyai tempoh operasinya yang tersendiri dan ia perlu diganti atau disenggara bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang tidak diduga sehingga menjejaskan aktiviti kehidupan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset secara berjadual penting bagi mengelakkan gangguan bekalan air tidak berjadual

Proses pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset berskala besar yang menyebabkan gangguan bekalan air secara berjadual

Sebelum sebarang kerja-kerja penambahbaikan atau penyenggaraan aset secara berjadual dilaksanakan, Air Selangor perlu memaklumkan serta membentangkan pelan komprehensif kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Setelah pelan tersebut mendapat kelulusan daripada SPAN, Air Selangor perlu memastikan para pengguna dimaklumkan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum kerja-kerja tersebut bermula. Ini bagi membolehkan pengguna yang terjejas membuat persiapan yang sepatutnya seperti menyimpan bekalan air secukupnya mengikut keperluan masing-masing.

Antara beberapa perkara penting mengenai kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset secara berjadual yang para pengguna perlu tahu adalah:

- Semasa kerja-kerja berjadual ini dilaksanakan, Air Selangor akan menyediakan bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air untuk digerakkan ke kawasan terjejas, dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kes-kes kecemasan seperti upacara pengebumian.

- Air Selangor akan memaklumkan tempoh masa gangguan, jangka masa pemulihan bekalan air dan senarai kawasan pengguna yang terlibat menerusi semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan ke Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Air Selangor komited untuk membekalkan bekalan air terawat yang bersih, selamat dan berterusan kepada pengguna

Impak positif hasil kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset secara berjadual

Sepanjang tahun lalu, sejumlah lima gangguan bekalan air berjadual bagi kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset berskala besar telah dilaksanakan.

Begitu juga dengan kerja-kerja penggantian paip telah siap dilaksanakan di 154 lokasi hotspot, manakala sejumlah 44 buah kolam takungan air serta sembilan buah rumah yang tidak digunakan sebelum ini telah dibaik pulih dan digunakan.

Melalui inisiatif pembentukan"District Metering Zone” dan penggantian paip secara berterusan, Indeks Pecah Paip (PBI) pada 2021 adalah pada tahap 6.37 kes pecah paip bagi setiap 100-kilometer setahun yang telah mencatatkan bacaan indeks lebih rendah daripada PBI International Benchmark iaitu sebanyak 13 kes pecah paip setiap 100 kilometer setahun.

Ke arah masa hadapan ekosistem air yang lestari

Dalam usaha Air Selangor untuk membekalkan air terawat yang bersih dan selamat secara berterusan kepada para pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset secara berjadual ini penting bagi mencapai objektif tersebut.

Fakta menarik Air Selangor

- Air Selangor menyediakan dan menyenggara keseluruhan saluran paip di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang 30,008 km. Ianya hampir sama dengan perjalanan pergi-balik dari Kuala Lumpur ke New York.

- Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) merupakan salah satu LRA terbesar di Malaysia dan mengeluarkan purata 950 JLH air terawat untuk memenuhi keperluan pengguna di tujuh wilayah iaitu Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.