Lebih 50 ekor lembu ditemui mati secara misteri

Iklan
Punca sebenar kematian lebih 50 ekor lembu di sebuah pusat perlindungan haiwan di kawasan Hasanpur, Amroha masoh belum diketahui. - Foto Jagran

NEW DELHI - Lebih 50 ekor lembu di sebuah pusat perlindungan haiwan di kawasan Hasanpur di daerah Amroha di negeri Uttar Pradesh pada Khamis ditemui mati secara misteri.

Siasatan awal mendedahkan bahawa lembu itu jatuh sakit sejurus selepas diberi makan oleh kakitangan di pusat perlindungan itu, kata Majistret daerah Amroha, Bal Krishna Tripathi kepada agensi berita India IANS.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada akhbar harian berbahasa Inggeris, The Hindu, Tripathi berkata:"Nampaknya ini adalah kes keracunan yang disengajakan. Kami telah menghantar sampel untuk siasatan dan sedang menunggu laporan".

Pegawai-pegawai dari Jabatan Penternakan Haiwan dan doktor haiwan dikejarkan ke tempat kejadian untuk merawat lembu tersebut.

Iklan
Iklan

Kes polis telah difailkan terhadap orang yang menyediakan makanan kepada tempat perlindungan itu. – Agensi