Fabio perkenal ambulans basikal di Uganda

Iklan
Ambulans basikal dapat melalui laluan sukar yang tidak boleh dilalui kenderaan.

KIBIBI - UGANDA. Organisasi Informasi Basikal Afrika (Fabio) memperkenalkan ambulans basikal percuma bagi kemudahan penduduk di kawasan pendalaman di Kibibi.

Pengarah eksekutif, Katesi Najjiba berkata, kemudahan itu bagi memudahkan penduduk yang tinggal dipendalaman mendapatkan rawatan di klinik desa yang sukar di lalui oleh kenderaan.

Iklan
Iklan

"Kami ingin memperkenalkan cara yang lebih mudah dan murah bagi membolehkan penduduk setempat mendapatkan rawatan sekali gus penggunaan basikal ini dilihat sangat mesra alam," katanya.

Ambulans basikal ini dicipta oleh penduduk tempatan dengan bahan gantian yang mudah diperoleh dan murah.

Iklan
Iklan

Namun, bagi laluan sukar, Fabio memperkenalkan e-skuter dan basikal elektrik . - Al Jazeera