BERBAKI tiga hari sebelum temasya Sukan Komanwel 2022 melabuhkan tirai pada Isnin depan (8 Ogos), kontinjen negara masih menanti dua kilauan emas bagi mencapai sasaran enam emas di temasya sukan berkenaan.
Pada hari kelapan temasya sukan berprestij edisi Birmingham itu berlangsung pada Jumaat (5 Ogos), kem negara sekadar meraih dua pingat perak, masing-masing menerusi acara terjun dan boling padang.
Di kolam renang, pasangan penerjun kebangsaan, Gabriel Gilbert Daim-Muhammad Syafiq Puteh, memenangi pingat pertama Malaysia daripada acara terjun, selepas ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong gagal melunaskan misi menyumbangkan pingat semalam.
Sementara trio boling padang negara pula terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara triples wanita selepas tumpas 9-17 kepada England pada aksi final.
Kejayaan itu, bagaimanapun, sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan kem boling padang apabila gandingan Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji, yang menjadi sandaran emas, tumpas di peringkat separuh akhir acara pairs wanita.
Pun begitu, Siti Zalina-Emma Firyana berpeluang untuk membawa pulang pingat apabila mereka akan berdepan Selina Goddard-Katelyn Inch dari New Zealand bagi penentuan pingat gangsa, esok.
Pada hari kesembilan temasya esok (6 Ogos), harapan diletakkan kepada beberapa atlet bagi menyumbangkan dua pingat emas yang dinanti-nantikan kontinjen negara.
Selepas menampilkan aksi mengecewakan, prestasi cemerlang Pandelela ditagih bagi menceriakan kontinjen negara apabila atlet kelahiran Sarawak itu akan bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara final 10 meter (m) platform seirama, esok.
Nur Dhabitah juga akan turun bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee dalam acara final 3m papan anjal seirama.
Kem negara turut mengharapkan prestasi terbaik daripada skuad gimnastik negara apabila mereka akan turun bersaing dalam empat acara final melibatkan Izzah Amzan dalam disiplin gelung dan belantan, Ng Joe Ee (bola dan riben) serta Koi Sie Yan (riben).
Prestasi cemerlang Choong Javen-Karen Lyne, yang merupakan wakil tunggal Malaysia masih meneruskan cabaran dalam acara ping pong, ditagih untuk melakar kejutan apabila berdepan pasangan dari Singapura, Clarence Chew Zhe Yu-Zeng Jian di peringkat separuh akhir acara beregu campuran, esok.
Aksi membanggakan atlet boling padang, Fairul Izwan Abd Muin, juga dituntut apabila turun beraksi di peringkat separuh akhir acara singles lelaki.
Selepas tamat hari kelapan pada Jumaat, kontinjen negara meraih keseluruhan empat pingat emas, empat perak dan tiga gangsa.
Austalia kekal sebagai pendahulu pungutan pingat dengan 50 emas, 44 perak dan 46 gangsa, diikuti rapat tuan rumah, England, 47-46-38 manakala Kanada di kedudukan ketiga dengan 19-24-24. - Bernama