FAM umum pengganti Maloney akhir bulan ini: Hamidin

Iklan
Hamidin ketika sidang media selepas Kongres Tahunan FAM Ke-58 pada Sabtu. - Foto Bernama

PERSOALAN mengenai pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dijangka terjawab apabila pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengumumkan mengenai perkara berkenaan sebelum penghujung Ogos ini.

Perkara itu ditegaskan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut menyifatkan bahawa pengumuman berkenaan penting berikutan skuad B-23 negara bakal mengharungi beberapa kejohanan penting selepas ini.

Iklan
Iklan

"Insyaa-ALLAH, sebelum hujung bulan ini kita akan umumkan mengenai pengambilan coach untuk pasukan B-23 ini.

"Ini kerana pasukan B-23 ini adalah ‘lapisan’ untuk skuad senior dan sebab itulah mengapa pengumuman ini penting.

Iklan

"Lagi pun, pasukan B-23 ini perlu rapat dengan pasukan senior kerana keakraban kedua-dua pasukan ini dilihat begitu penting,” katanya pada sidang media selepas Kongres Tahunan FAM Kali Ke-58 di Hilton Petaling Jaya, pada Sabtu.

Untuk rekod, pada 13 Julai lalu, FAM membuat keputusan untuk ‘melepaskan’ pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney secara persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Iklan

Bagaimanapun dalam masa sama, Hamidin enggan mengulas apabila diajukan soalan samada pengendali skuad B-23 negara nanti merupakan jurulatih dari luar negara mahu pun jurulatih tempatan.

Apa pun menurut Hamidin berkata, berkenaan sudah pun dibincangkan, tetapi butiran lain mengenai perkara berkenaan tidak dapat dididedahkan lagi.

"Samada jurulatih luar atau local... kita dah berbincang mengenai perkara berkenaan dan seperti kita kata, sebelum hujung bulan ini kita akan umumkan..lagi pun ia very important (mustahak).

"Ini kerana pasukan B-23 ini akan mengharungi beberapa kejohanan antaranya temasya Sukan SEA, Kemboja pada Mei 2023, temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 (23 September - 8 Oktober 2023), kelayakan Piala AFC (September 2023) dan kelayakan Olimpik Paris 2024 nanti,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai skuad futsal (lelaki dan wanita) serta skuad kebangsaan wanita negara (Malayan Tigress), Hamidin berkata, fokus terhadap kesemua skuad berkenaan akan mula dibincangkan mulai tahun hadapan.

Katanya, berkemungkinan besar pihak FAM akan meletakkan satu penanda aras (benchmark) dalam menetapkan hala tuju pasukan dan seterusnya melangkah lebih jauh pada kejohanan-kejohanan akan datang.

"Bagi skuad futsal dan wanita, kita terus berbincang mengenai perkaa ini dan kita juga nak pastikan benchmark yang ditetapkan setiap pasukan.

"Daripada situ bolehlah buat perancangan untuk memastikan pasukan-pasukan futsal dan wanita ini.

"Kita nak tengok elemen ni, di mana more (lebih) fokus kepada pasukan futsal dan wanita pada tahun depan dan kali ini kita nak pastikan mereka mampu melangkah lebh jauh,” katanya.