Jiran ditahan cabul kanak-kanak

Iklan
Wan Azharuddin

TAPAH - Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Kampung Batu 3, Temoh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa memaklumkan perbuatan tidak senonoh jirannya itu kepada neneknya selepas membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati, mangsa sering dibawa ke kawasan lombong dan surau bagi melakukan perbuatan itu.

"Mangsa dipercayai telah beberapa kali dicabul dan kali terakhir pada 29 Mac lalu,” katanya.

Iklan

Menurutnya, ahli keluarga telah membawa mangsa ke Hospital Tapah bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

"Pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat kesan kecederaan pada kemaluan mangsa dan selepas siasatan dilakukan, suspek telah ditahan jam 9 malam tadi.

Iklan

"Polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap lelaki tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.