Malaysia kutuk serangan udara Israel ke atas Gaza

Iklan
Saifuddin - Foto Bernama. (Gambar dalam) Kenyataan media Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya Serangan Udara yang dilancarkan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

SHAH ALAM - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza, Palestin yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa orang awam.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, tindakan terbabit melanggari undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan sejagat.

Iklan
Iklan

"Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa segera memberikan tekanan mendalam kepada Israel untuk menghentikan serta merta pencerobohan dan keganasan ke atas rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan sekurang-kurangnya 10 maut dan 40 cedera dalam siri serangan udara Israel di Gaza pada Jumaat. Dilaporkan mereka yang maut termasuk seorang pejuang kanan.

Iklan

Serangan berkenaan berisiko mencetuskan satu lagi peperangan di wilayah yang ditadbir oleh Hamas dan menempatkan dua juta penduduk Palestin.

Dalam pada itu, Saifuddin turut membidas tindakan rejim berkenaan sebagai mementingkan diri sendiri dan dasar aparteid terhadap hak asasi, kehidupan serta maruah semua rakyat Palestin.

Iklan

Jelasnya, Malaysia sentiasa menzahirkan sokongan dan dukungan terhadap rakyat Palestin dalam mencapai kebebasan mutlak daripada pendudukan haram Israel.