Jin Wei terkandas di suku akhir

Iklan
Jin Wei - Foto FB BAM

PERJUANGAN pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei di Sukan Komanwel Birmingham 2022 terhenti di suku akhir apabila tewas 21-19, 14-21, 18-21 kepada pemain ranking ketujuh dunia dari India, Pursarla Sindhu di Pusat Pameran Nasional (NEC), Birmingham pada Jumaat.

Kegagalan itu sekali gus mengulangi kekalahan Jin Wei kepada lawan sama pada aksi final berpasukan campuran sebelum ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pada pertemuan kali ini, Jin Wei dilihat beraksi baik dengan memberikan tentangan sengit kepada Pusarla.

Malah, Jin Wei turut memenangi set pertama sekali gus dilihat berpeluang untuk mencatatkan kejutan menewaskan Pusarla kali ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Pusarla dilihat bijak memanfaatkan segala pengalaman yang dimilikinya untuk memerangkap Jin Wei dan memenangi dua set seterusnya mara ke separuh akhir.