24 penduduk Palestin terkorban dalam serangan Israel

Iklan
Seramai 24 penduduk Palestin terkorban akibat serangan tentera Israel di Gaza pada Jumaat. - Foto Reuters

GAZA - Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan setakat ini seramai 24 penduduk Palestin terbunuh di Semenanjung Gaza selepas tentera Israel melancarkan serangan dengan menyasarkan anggota kumpulan pejuang Jihad Islam pada Jumaat lalu.

Pertempuran bermula dengan pembunuhan komander kanan kumpulan Jihad Islam oleh Israel dalam gelombang serangan pada Jumaat yang menurut Israel bertujuan untuk menghalang serangan yang akan terjadi.

Iklan
Iklan

Enam kanak-kanak dan beberapa pejuang Jihad Islam termasuk pemimpinnya, Tayseer Jabari antara yang maut.

Israel berkata, ia melancarkan operasi itu kerana"ancaman segera" daripada Jihad Islam.

Iklan
Iklan

Keganasan terbaharu itu adalah perbalahan paling serius antara Israel dan Gaza sejak konflik 11 hari pada Mei 2021 yang menyebabkan lebih 200 rakyat Palestin dan sedozen warga Israel terbunuh. - Agensi