Nafuzi teruja jumpa JDT di final

Iklan
Pemain Terengganu FC meraikan kejayaan mara ke final Piala FA setelah menewaskan Selangor FC, 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada Sabtu. - Foto FB Terengganu FC

PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain teruja apabila hasratnya untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final akhirnya tercapai setelah skuad Penyu itu mara ke final Piala FA 2022.

Menurut Nafuzi, ia sesuatu yang dinanti-nantikannya selama ini setelah beberapa kali Terengganu FC terkandas di peringkat suku akhir mahupun separuh akhir apabila berdepan skuad Harimau Selatan itu.

Iklan
Iklan

"Saya memang nak jumpa JDT di final... selaku 'head coach' selalu jumpa di semi final, quarter final dan terkandas di situ.

"Tetapi kali ini Alhamdulillah, kita jumpa di final dan memang saya nak merasai pentas final bertemu JDT.

Iklan

"Apa pun, saya mengingatkan pemain untuk bermain seperti biasa, 'have fun' dan sudah semestinya bila dah mara ke final kita mesti ada cup,” katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan pada tengah malam Sabtu.

Untuk rekod, Terengganu FC mara ke final setelah menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa perlawanan sebenar termasuk masa tambahan.

Iklan

Sementara itu Nafuzi berkata, kemenangan ke atas Selangor FC serta kejayaan mara ke final kali ini khusus untuk semua penyokong Terengganu FC.

Malah katanya, keyakinan penyokong terhadapnya mengemudi skuad berkenaan telah menguatkan semangatnya untuk terus membimbing skuad Penyu berkenaan dan mencatatkan beberapa kejayaan.

"Saya ni coach yang masih muda...masih mentah.

Terima kasih kepada Terengganu FC yang berikan peluang untuk saya menjadi coach pasukan utama mereka walaupun tiada pengalaman.

"Yang penting kita menang dan ke final kali ini, terima kasih juga kepada semua peminat dan kemenangan ini adalah untuk mereka,” katanya.