Dapat tawaran lumayan, Valencia sedia lepaskan Guedes

Iklan
Goncalo Guedes

PENYERANG Valencia, Goncalo Guedes hampir pasti bertukar angin ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas diketepikan daripada skuad Los Che yang mencetak kemenangan pada aksi persahabatan ke atas Atalanta, awal pagi Ahad.

Penghijrahan pemain Portugal itu didedahkan Pengurus Valencia, Gennaro Gattuso yang menyifatkan tawaran daripada kelab EPL terlalu baik dan sukar ditolak.

Iklan
Iklan

Tanpa menamakan kelab tersebut beliau berkata, kelab berhasrat untuk membuat pembelian pemain baharu bagi melengkapkan kekuatan pasukan.

"Miguel Corona (Pengarah Sukan Valencia) menelefon saya dan memberitahu sebuah kelab Inggeris telah membuat tawaran rasmi yang lumayan.

Iklan

"Saya tidak tahu angka sebenarnya tetapi pada masa ini kami perlu menerimanya.

"Kami akan melakukan apa sahaja untuk menambah baik pasukan. Kelab tahu apa yang kami perlukan untuk melengkapkan pasukan.

Iklan

"Saya menjangkakan pembelian baharu, tetapi saya tidak bercakap mengenai sebarang posisi. Saya menjangkakan dua atau tiga pemain," katanya.

Guedes tidak muncul ketika anak buah Gattuso itu melengkapkan persiapan pramusim mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas kelab Serie A berkenaan menjelang aksi pembukaan LaLiga menentang Girona, hujung minggu depan.

Pemain berusia 25 tahun itu yang membuat 32 penampilan bersama Portugal pernah dikaitkan dengan perpindahan ke England dan Wolves kendalian Bruno Lage seperti disebut-sebut oleh akhbar Sepanyol.