KUALA LUMPUR - Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada jam 11 malam, 5 Ogos lepas bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ditamatkan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, penamatan itu susulan keadaan cuaca di Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka bertambah baik.