Abd Latif sujud syukur selepas dilepas, dibebaskan

Iklan
Abd Latif ( tengah) melambai tangan kepada petugas media selepas dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Sejurus Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad melepas dan membebaskan sabitan kes rasuah rasuah serta penggubahan wang haram bernilai RM35.7 juta, bekas Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi melakukan sujud syukur.

Abdul Latif, 56, melakukan sujud itu di kandang tertuduh selepas Hakim Kamaruddin Kamsun membacakan penghakiman lisannya.

Iklan
Iklan

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau yang mengenakan baju batik hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi ditemani isteri, Nor Kamila Md Nor dan keluarga dillihat tenang dan sempat melambai tangan ke arah petugas media.

"Saya bersyukur dan menganggap ini semua adalah ujian dari ALLAH SWT.

Iklan

"Selepas ini saya akan lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga. Terima kasih kepada keluarga, rakan dan peguam yang sentiasa di sisi," katanya ketika ditemui di luar mahkmah.

Abd Latif berkata, beliau amat lega setelah pengadilan yang dibuatnya hakim memihak kepadanya setelah pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan yang munasabah.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah I, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Sementara Abd Latif dan Ahmad Fauzan Hatim diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin, Datuk Hasnal Rezua Merican, Siti Sarah Khalil, Zulaikha Aini Mohamed Khoir Johari, Rahim Alin dan Muzzamil Merican.

Salehuddin yang ditemui media berkata barisan akan terus berada di belakang Abd Latif dan anaknya serta Amir Shariffuddin sehingga kes ini selesai.

"Sama ada pihak pendakwaan nak membuat rayuan atau tidak, itu adalah perkara biasa. Mana-mana pihak yang kalah akan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

"Kita tidak akan berhenti setakat ini dan akan terus membela Datuk Abd Latif, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin sehingga kes selesai," katanya.