Pembangunan atlet di universiti bukan perkara mustahil

Iklan
Mohd Foa'ad (empat dari kanan) bergambar bersama skuad wushu di temasya AUG 2022.

PROSES pembinaan dan pembangunan atlet di universiti negara ini dilihat bukan satu perkara yang mustahil malah mampu berkembang seperti dilakukan oleh Amerika Syarikat yang dianggap sebagai antara kuasa besar sukan dunia.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Kontinjen Negara di Sukan Universiti Sukan ASEAN (AUG) 2022, Profesor Dr Mohd Fo'ad Sakdan yang berpandangan universiti pada masa kini bukan sahaja tempat belajar semata mata namun turut menjadi platform untuk atlet mengembangkan lagi bakat mereka.

Iklan
Iklan

Jelasnya, universiti sudah menjadi paksi dalam melahirkan atlet baharu yang memiliki pencapaian bagus sekali gus menganggap pendekatan itu sebagai langkah baik bagi memastikan bakat atlet terus tidak terhenti selepas memasuki universiti.

"Situasi kini berbeza dengan 20-30 tahun dahulu kerana dulu, universiti mungkin hanya menjadi tempat untuk belajar, kadang-kadang bakat atlet hilang selepas masuk universiti. Tetapi sekarang, universiti menjadi tempat paling baik untuk mereka.

Iklan

"Dengan kemudahan dan dana yang ada selain fokus kepada sukan tumpuan, atlet tahu bahawa bakat mereka boleh dikembangkan dan boleh ditonjolkan ke peringkat lebih tinggi selepas masuk ke universiti.

"Kita lihat beberapa universiti seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan banyak lagi melakukan perkara ini.

Iklan

Ada universiti mengambil bekas atlet yang memiliki pencapaian tertinggi untuk menyertai mereka dan membimbing atlet baharu.

"Dengan petanda positif ini, atlet tidak lagi akan teragak agak untuk masuk ke universiti kerana mereka boleh terus berkembang dengan bimbingan, asuhan serta menggunakan kemudahan yang ada di universiti," katanya ketika ditemui pada Ahad.

Dalam pada itu, Fo'ad turut mendedahkan 'rahsia' kejayaan kontinjen negara muncul naib juara keseluruhan AUG 2022 dengan 49 pingat emas, 83 pingat perak serta 50 pingat gangsa, yang berpunca daripada persiapan rapi serta sistematik dilakukan sebelum.ini

"Kita bermula awal setahun dan kali ini, kita ada prosedur operasi standard (SOP) yang mana boleh digunapakai untuk persiapan temasya seterusnya.

Ada yang boleh ditambahbaik bagi mencetuskan kejayaan lebih cemerlang.

"Atlet menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah.

Kita akan analisis kelemahan yang ada dan perbaiki lagi bagi memantapkan lagi persiapan ke AUG 2024 di Surabaya," katanya.