Pertikai potongan 25 peratus daripada royalti

Iklan
Ahmad ketika berucap pada sesi soal jawab dalam persidangan DUN di Wisma Darul Iman, hari ini.

KUALA TERENGGANU - ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat memotong sebanyak 25 peratus daripada Wang Tunai Petroleum (WTP) yang dibayar kepada Kerajaan Terengganu.

Beliau berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan Pusat juga mempunyai tunggakan hutang dengan kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Sepatutnya Pusat juga harus ambil kira pengambilan wang kerajaan negeri bagi pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

"Kalau kita ada hutang RM700 juta, mereka ambil duit kita RM1.850 bilion, tolaklah, ada berbaki RM1 bilion lagi tidak termasuk RM200 juta yang saya tuntut dahulu untuk dibayar setiap Januari oleh mereka kerana gunakan wang kita untuk projek lain.

Iklan
Iklan

"Saya rasa belum lagi habis jumlah hutang RM2.1 bilion dulu. Tak apa, kita tak ada masalah, kalau tolak hutang, tapi kita mahu supaya ia 'fair and square',” katanya ketika sesi soal jawab dalam Sidang DUN di sini, hari ini.