SEOUL - Kira-kira 1,000 orang dipindahkan selepas seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an mengugut untuk meletupkan Kompleks Sukan Jamsil di selatan Seoul pada Ahad.
Lelaki itu mendakwa sebagai pejuang Daesh dan memuat naik satu catatan di internet mendakwa dia akan meletupkan tiga bom di kompleks sukan itu, menurut agensi berita Yonhap memetik Balai Bomba Seoul Songpa.