Tiada kejadian pergaduhan kaum di Sungai Petani

Iklan
Tangkap layar berhubung kejadian pergaduhan melibatkan kaum yang berlaku di Sungai Petani adalah tidak benar. (Gambar dalam : Zaidy)

SUNGAI PETANI - Polis menafikan satu pergaduhan membabitkan kaum berlaku di Sungai Petani sebagaimana tular di media sosial sehingga mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui Facebook Ayahanda-Ayahanda Sungai Petani adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

"Polis juga memohon kepada orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Zaidy berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.