Pengawal keselamatan parah ditetak meninggal dunia

Iklan
Tangkap layar laporan Sinar Harian berhubung kes membabitkan mangsa yang parah ditetak Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI - Pengawal keselamatan yang cedera parah akibat ditetak, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6 petang pada Ahad, ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Mangsa, Ismail Ahmad, 58, meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Difahamkan, mayat akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas dakwaan menyebabkan kecederaan ke atas pengawal keselamatan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Iklan

Tertuduh, R Subramaniam, 41, dari Kampung Sungai Puntar, Bedong, Kedah membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Roslan Hamid pada Ahad.