'Tidak wajar kaitkan kegagalan perolehan kepada saya' - Zahid

Iklan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah tidak wajar untuk menyandarkan kegagalan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) kepadanya.

Ini kerana beliau mendakwa bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu dianugerahkan.

Iklan
Iklan

Menurut Ahmad Zahid, LCS dibina oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang merupakan anak syarikat Boustead Holdings Bhd dan pemegang saham terbesar adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Merujuk laporan audit dari PAC, kontrak kepada Boustead adalah mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.

Iklan

"Secara jelas ia tiada kaitan dengan saya, malah LTAT sendiri menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan LCS itu,” katanya seperti dilaporkan portal UMNO-Online.

Khamis lalu, PAC mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (Littoral Combatant Ship - LCS) bernilai RM9 bilion.

Iklan

Melalui laporan PAC berkenaan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

"Saya memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013. Jadi mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC," katanya lagi. - Awani