Bersatu bukan seperti Umno-Pas: Muhyiddin

Iklan
MUHYIDDIN

KULAI - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti tersebut bukan seperti Umno dan Pas yang baharu sekarang mahu berhimpun kononnya untuk memperjuangkan Melayu dan Islam.

Menurutnya, masalah seperti Tabung Haji, Felda, FGV dan 1MDB yang sudah dirompak oleh pemimpin kleptokrat lalu, sedikit pun tidak sentuh oleh Umno dan Pas.

Iklan
Iklan
"Tabung Haji sudah koyak, FGV sudah koyak. 1MDB menunjukkan banyak masalah. Yang itu tak dibahas, langsung tak disentuh.

"Yang dibincang ialah tentang ICERD yang sudah ditolak oleh kerajaan. Saya tak nak kata mereka bijak atau tak bijak. Tuan-tuan boleh nilai,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Bersatu Negeri Johor di Senai di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, apa makna perjuangan Umno-Pas untuk Melayu dan Islam jika ketika kedudukan orang Melayu dan negara ibarat telur di hujung tanduk, namun tidak berbuat apa-apa.

"Takut, takut dengan Najib. Semua takut. Sebahagian datang rumah saya juga kata dia takut. Bila menceritakan hal yang dahulu, (saya tanya) kenapa tak buat? Takut.

Iklan

"Jadi mereka sanggup bersekongkol dengan pemimpin Umno yang rasuah dan tamak haloba. Tapi saya yakin rakyat yang bijak menilai untuk menolak perjuangan palsu yang sia-sia ini,” katanya.