Tanaman dimusnahkan gajah liar

Iklan
Abdul Rahman menunjukkan pokok nangkanya yang telah mengeluarkan hasil ditumbangkan gajah liar.

SETIU - Sekitar 10 hektar kebun pelbagai tanaman termasuk kelapa sawit milik penduduk Kampung Pelong, Langkap di sini dimusnahkan sekumpulan gajah liar pada awal pagi semalam.

Penduduk, Abdul Rahman Abu Bakar, 67 berkata, sebanyak 15 pokok nangka madu miliknya musnah ditumbangkan kumpulan gajah terbabit yang dipercayai memasuki kebun sekitar 4 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tanaman nangka miliknya telah mengeluarkan hasil sejak beberapa tahun lalu ditumbangkan dalam tempoh satu malam oleh haiwan tersebut.

"Seramai tiga pengusaha tanaman nangka madu di kampung ini terlibat dalam kejadian tersebut tersebut,” katanya.

Iklan

Abdul Rahman berkata lagi, tanaman lain yang terlibat ialah kebun kelapa sawit juga melibatkan sekurang-kurangnya tiga orang pemilik kebun.

Menurutnya, gajah tersebut melolos keluar dari Hutan Simpan Petuang dengan melangkah pagar elektrik milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang dibina sepanjang sempadan antara hutan simpan dan kebun penduduk.

Iklan