Tidak mahu mempersia-siakan bakat semula jadi yang ada pada diri, membuatkan Mohd Nordin Yusof terfikir untuk mengembangkan kemahiran dimiliki sebagai mata pencarian.
Bakat dan kebolehannya mengunting rambut sejak zaman persekolahan mendorong dia untuk membuka Kedai Gunting Rambut Seven Sinatra di di Tasek Commersial Centre, Persiaran Kotasas, Kuantan Pahang.
Biarpun Mohd Nordin menyedari bisnes kedai gunting rambut ada persaingan yang besar, namun dia sudah bersedia untuk berdepan dengan segala cabaran. Dia juga sedar untuk kekal bersaing, Seven Sinatra perlukan sesuatu yang unik dalam strategi pemasarannya.
Sebab itulah dia menjadikan Seven Sinatra lain daripada kedai gunting rambut konvensional kerana turut menawarkan perkhidmatan rawatan muka dan perapian janggut untuk pilihan tambahan kepada para pelanggan.
Berpegang kepada prinsip kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya, Mohd Nordin gigih membina nama dan reputasi Seven Sinatra. Hasilnya, selepas hampir satu dekad berada dalam bidang perniagaan, kini dia mampu tersenyum puas. Seven Sinatra sudah ada ramai pelanggan tetap dan sudah jadi buah mulut penduduk di sekitar Kuantan.
Bermula dengan di sebuah premis kecil dan hanya ada kerusi menggunting rambut, Seven Sinatra yang diusahakan pada tahun 2013 mula mengorak langkah demi langkah.
Mohd Nordin meletakkan kepuasan pelanggan, kecekapan perkhidmatan dan mengikut trend terkini sebagai tiga faktor utama kepada bisnes Seven Sinatra.
"Kepuasan pelanggan adalah paling utama. Saya dan staf cuba sebiak mungkin untuk memberikan gaya rambut yang pelanggan mahu.
"Kami akan cuba berikan servis terbaik supaya pelanggan puas hati dan mereka akan kembali lagi ke Seven Sinatra,” katanya yang pernah bekerja sebagai posmen selama tiga tahun.
Berkat kesungguhan dan usaha tak kenal penat, akhirnya Mohd Nordin boleh berbangga apabila cawangan kedua Seven Sinatra berjaya dibuka di Kuantan.
Sebagai strategi baharu pemasaran, dia juga memperkenalkan kedai gunting rambut bergerak pertamanya menggunakan sebuah bas bagi memenuhi tuntutan para pelanggan. Usaha tanpa mengenal erti penat lelah itu berbalas apabila beliau berjaya membuka sebuah lagi kedai gunting rambut di kawasan berkenaan.
"Saya selalu cuba memikirkan strategi perniagaan dan pemasaran yang unik bagi memastikan Seven Sinatra ini terus kekal bersaing dalam pasaran.
"Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk membeli sebuah bas dan diubah suai menjadi kedai gunting rambut bergerak bagi memudahkan pelanggan mendapat servis gunting rambut, di samping sebahagian daripada cara nak promosi Seven Sinatra,” katanya yang kini memiliki 15 orang kakitangan bagi memastikan perkhidmatan Seven Sinatra beroperasi dengan baik.
Dugaan sentiasa ada
Seperti yang diperkatakan Mohd Nordin, dalam perniagaan pastinya banyak cabaran dan dugaan yang mendatang. Oleh itu, Seven Sinatra juga tidak terkecuali berdepan dengan pancaroba bisnes apabila turut terkesan dengan pademik Covid-19 yang melanda negara dua tahun lalu.
Dia bukan sahaja kehilangan 10 orang pekerja akibat wabak itu tetapi bisnes Seven Sinatra bergerak juga terpaksa dihentikan akibat sekatan perjalanan.
"Memang saya mengaku saya hampir putus dalam bisnes gunting rambut sebab tak boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Saya terpaksa cari rezeki dengan menjadi penghantar barang dan makan,” katanya.
Beralih ke digital
Namun Mohd Nordin sentiasa percaya di sebalik dugaan pasti ada hikmahnya. Selepas fasa pandemik ditamatkan dia cuba bangkit semula dan menggerakkan kembali bisnes Seven Sinatra.
Akhirnya dengan bantuan Maxis SME Help Squad, dia memilih pakej Cloud POS Lite yang berjaya mengubah nasib kedai gunting rambutnya di platform digital.
Katanya, Maxis Cloud POS Lite itu telah memudahkan urusan perniagaannya keluar daripada kesukaran ketika pandemik.
"Aplikasi tersebut memudahkan saya untuk mengambil tempahan pelanggan. Dengan Cloud POS Lite ini juga membolehkan saya menerima pesanan dan tempahan tinggi dalam sehari. Ia satu pencapaian yang sangat mengejutkan.
Bagi melengkapkan masa depan perniagaannya, Mohd Nordin turut memohon Geran Pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang disediakan di bawah pelan Maxis Business.
Sementara itu, Mohd Nordin turut berkongsi perancangannya yang mahu memperluaskan lagi perkhidmatan kedai gunting rambutnya.
"Sebagai usahawan tidak perlu takut untuk mencuba atau melangkah ke depan bagi memastikan perniagaan kita sentiasa selari dengan perubahan digital dan berdaya saing,” katanya.
Selain itu, beliau turut bercadang untuk mengembangkan Seven Sinatra ke Kuala Lumpur memandangkan perkhidmatan itu mendapat permintaan di tinggi di bandar-bandar besar.
Untuk maklumat lanjut mengenai Seven Sinatra Barbershop layari Business Facebook page: Seven Sinatra Barbershop dan Business Instagram page: sinatra_barbershop.
Maxis Business sedang mengadakan UsahaWIRA Roadshow di H Elite Design Hotel, Kota Bharu pada 20 Ogos ini untuk membantu mendigitalisasikan perniagaan anda!
Kami menyediakan sesi konsultasi dan anda juga berpeluang untuk memenangi cenderahati eksklusif. Klik di sini untuk maklumat lanjut.